Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tampil esok untuk memberi keterangan di Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran asing (forex) yang ditanggung oleh Bank Negara Malaysia pada 1990-an.

Mengesahkan ini, peguam Anwar, R Sivarasa berkata ini berdasarkan senarai saksi pegawai pengendali RCI.

"Menurut senarai saksi, beliau akan memberi keterangan esok," kata Sivarasa kepada wartawan pada hari kelima siasatan RCI di Putrajaya hari ini.

Anwar yang adalah menteri kewangan pada tahun 1991, menafikan dirinya terbabit dalam keputusan Bank Negara yang menyaksikan bank pusat itu kerugian sejumlah wang yang besar.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid pada hari pertama pendengaran memberitahu bahawa beliau telah memberi taklimat kepada Anwar yang ketika itu adalah menteri kewangan mengenai perkara berkenaan pada tahun 1994.

Walau bagaimanapun, Sivarasa menegaskan bahawa Anwar telah memberi taklimat kepada Parlimen pada tahun 1993 tentang kerugian pertukaran asing yang ditanggung oleh Bank Negara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS