Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perlu cukai jualan jika GST dimansuhkan, kata Dr M
Diterbitkan:  Sep 6, 2017 2:01 PM
Dikemaskini: 6:41 AM

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cukai jualan perlu dilaksanakan semula jika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan.

"GST menggantikan cukai jualan, jadi jika kita memansuhkan GST kita mesti laksanakan semula cukai jualan," katanya dalam wawancara dengan portal berita The Malaysian Insight pagi ini.

Bekas perdana menteri berkata ini adalah perlu untuk meminimumkan impak akibat kesan penurunan pendapatan daripada GST ke atas kewangan kerajaan.

"Semua proses kerajaan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Sekiranya kamu tiba-tiba memansuhkan GST, dan kamu tidak mempunyai sumber pendapatan, ini adalah buruk bagi kerajaan," katanya.

Mahathir menjawap soalan mengenai ikrar HARAPAN untuk menghapuskan GST jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Semasa pentadbirannya sebagai perdana menteri, Mahathir menghadapi masalah hampir sama berhubung kesan terhadap rakyat dan kewangan kerajaan apabila terdapat keperluan untuk menaikkan harga petrol.

"Ini (kenaikan cukai) boleh diimbangkan dengan cara yang tidak membebankan rakyat atau kerajaan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS