Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mujahid: Kenyataan anak Hadi macam pemimpin Pemuda Umno

Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas kenyataan Ketua Pemuda PAS berhubung dakwaan memberi undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) bererti memberi undi kepada DAP.

Menurut naib presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, beliau tidak terkejut dengan kenyataan Muhammad Khalil Abdul Hadi - anak kepada presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang - yang seolah-olah seperti kenyataan pemimpin Pemuda Umno.

“Saya tidak terkejut (kenyataannya) berbunyi seperti Pemuda Umno memandangkan prinsip PAS telah dikompromi sehingga menjadikan sayap pemuda parti itu menjadi sidekick Umno dalam memerangi isu sebenar rasuah dan kleptokrasi.

“Kenyataan terbaru ketua Pemuda PAS itu membuktikan bahawa PAS tidak lagi berani dan kuat untuk membuat perubahan yang bermakna di negara ini.

“Bagaimana dia boleh kata memerangi rasuah dan menyelamatkan kerajaan kleptokrasi adalah satu tindakan yang menimbulkan kebencian? Siapa dia? Tukang cakap kepada menteri BN?” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Muhammad Khalil mendakwa, tindakan DAP yang dilihat ingin menjadi dominan dalam HARAPAN membawa makna bahawa memberi undi kepada gabungan pembangkang berkenaan sama seperti memberi undi kepada DAP.

Beliau turut mendakwa, pergerakan DAP turut dibayangi agenda evangelis Kristian dan bercita-cita untuk menawan negara ini dan menjadikannya sebagai negara sekular.

Malah, Muhammad Khalil berkata, HARAPAN yang dilihat kemaruk kuasa juga berhubung dan mengundang entiti asing yang didakwa merisikokan negara.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS