Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KM: Mengapa larang saya lawat sekolah Cina
Diterbitkan:  Sep 8, 2017 4:12 PM
Dikemaskini: 9:53 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Kementerian Pelajaran menjelaskan mengapa beliau tidak dibenarkan melawat sekolah Cina di Sungai Lembu, Bukit Mertajam, untuk menyampaikan bantuan kewangan.

Lim memberitahu sidang akhbar bahawa langkah untuk menghalangnya itu adalah "satu bentuk persendaan terhadap prinsip demokrasi".

"Kenapa jadikan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai mangsa dan membuli ketua menteri, tidak ada logik untuk menghalang kami daripada melawat sekolah itu sedangkan apa yang kita mahu lakukan adalah menyampaikan bantuan kewangan.

"Perlu diingatkan bahawa saya adalah satu-satunya ketua menteri Cina di negara ini, tetapi saya tidak dibenarkan melawat sekolah rendah Cina di negeri saya sendiri walaupun saya telah menulis surat untuk memaklumkannya kepada Kementerian Pendidikan.

“Saya tidak pernah dilakukan sedemikian, sebelum ini, ini mungkin pilihan raya umum semakin dekat," katanya.

Menurut Lim, beliau sepatutnya melawat dan menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah rendah Cina di Sungai Lembu, dan perkara itu telah dimaklumkan kepada kementerian berkenaan lebih awal.

Lim menerima surat daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman, pada 6 September lalu memaklumkan kepadanya bahawa beliau tidak dibenarkan melawat sekolah itu.

Beliau diberitahu bahawa permohonannya ditolak oleh Kementerian Pendidikan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS