Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kim Gooi: Kembara wartawan dari penjara Burma ke rumah Tunku

Pada tahun 1977, seorang wartawan dan jurugambar bebas Kim Gooi dipenjarakan selama setahun di Yangon (dulu dikenali sebagai Rangoon) atas kesalahan melanggar undang-undang imigresen selepas dia masuk ke negeri pemberontak Shan di Burma.

Fikirnya, beliau akan meninggal dunia dalam penjara kerana kematian suatu perkara biasa di penjara Burma, yang disifatkannya sebagai "neraka di bumi."

Pengalaman ini, termasuklah gambar foto karya beliau, puisi yang ditulis rakan sepenjara dan cerita-cerita berkenaan kengerian hidup di penjara dicatatkan dalam 'The Poet of Keng Tung Jail', buku setebal 303 halaman diterbitkan pada 2013.

Namun, penjara juga menjadi tempat beliau bertemu personaliti yang kemudiannya membawa beliau ke rumah Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

Buat Kim, pertemuan beliau dengan Tunku yang disayangi itu pada tahun 1978 merupakan 'anugerah dari langit', salah satu kenangan yang dicurahkan di dalam sebuah buku baru berjudul 'Dialog: Thoughts on Tunku’s Timeless Thinking', berkulit keras, dengan 270 muka surat yang mengumpulkan anekdot dan esei oleh rakyat Malaysia berkenaan perdana menteri pertama negara ini.

Semasa dalam kurungan, Kim diminta menyampaikan pesanan kepada Tunku oleh pemimpin Muslim Burma di Rangoon yang beliau temui di penjara.

Pada waktu itu, Tunku terkenal sebagai setiausaha agung World Islamic Council dan semasa itu juga, kira-kira 200,000 orang Islam telah lari ke Bangladesh kerana penindasan pihak berkuasa Burma.

Kim tidak pasti jika Tunku mahu bertemu 'seseorang yang bukan siapa-siapa' seperti dirinya tetapi beliau menulis kepada Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) yang mana Tunku menjadi pemimpin organisasi tersebut di Pulau Pinang.

"Mengejutkan saya, Perkim menghantar surat jawapan beberapa hari selepas itu, malah mereka meminta gambar-gambar saya kerana mereka mahu mencetak surat saya kepada Tunku yang memperincikan keadaan kesukaran hidup yang dialami warga Muslim Burma," kata Kim dalam wawancara beliau dengan Malaysiakini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS