Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nasib anak tanpa kerakyatan kini di Mahkamah Persekutuan

Nasib anak-anak tanpa kerakyatan - kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia tetapi tidak diberi kewarganegaraan di sini atau mana-mana negara lain - kini di peringkat Mahkamah Persekutuan, pihak tertinggi di negara ini penentuan terakhir.

Ini berikutan keputusan mahkamah hari ini yang membenarkan rayuan bagi permohonan untuk tiga kes berasingan kanak-kanak tanpa kerakyatan. Ibu bapa angkat atau ibu bapa kandung mahu mahkamah menentukan syarat dalam pemberian kewarganegaraan.

Panel tiga anggota hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah membenarkan permohonan ketiga-tiga kes itu hari ini.

Dua lagi hakim yang bersidang sama ialah Tan Sri Zainun Ali dan Tan Sri Abu Samah Nordin.

Ini adalah kali pertama bahawa mahkamah tertinggi akan memutuskan mengenai isu kanak-kanak tanpa kerakyatan atau mereka di Malaysia, berdasarkan soalan undang-undang.

Hasil daripada ketiga-tiga kes ini akan memberi impak atau kesan besar terhadap kanak-kanak tanpa kerakyatan atau mereka yang terbabit, kata Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran yang menambah jumlah di Semenanjung Malaysia sahaja adalah “beribu-ribu”.

Dua daripada kes berkenaan diwakili oleh peguam kanan dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram, yang tampil bersama Surendran.

Dalam kes permohonan oleh Lim Jen Hsiang dan seorang pemohon lain, yang kini mahu kekal tanpa nama, mahkamah tertinggi itu membenarkan satu soalan undang-undang diajukan.

Soalan dari kedua-dua kes itu adalah sama ada prinsip jus sanguinis, atau rujukan kepada darah atau keturunan, adalah keperluan di bawah Seksyen 1 (e) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Kes lain yang dibawa oleh peguam kanan Cyrus Das dan Raymond Mah, di mana mahkamah membenarkan tujuh soalan undang-undang diajukan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS