Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
HARAPAN lantik Kula, Christina Liew jadi naib presiden
Diterbitkan:  Sep 11, 2017 7:13 PM
Dikemaskini: 11:25 AM

Ahli Parlimen Ipoh Barat DAP, M Kulasegaran dan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew hari ini dilantik sebagai naib presiden Pakatan Harapan.

Keputusan itu, kata Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah supaya gabungan pembankang itu akan lebih mewakili masyarakat India dan suku kaum di Sabah.

“Majlis Presiden telah mengadakan mesyuarat yang panjang lebar, antara keputusan dibuat ialah pemindaan sedikit berkenaan Majlis Presiden supaya ia mewakili kaum India dan Sabah, Sarawak.

“Naib Presiden - Kulasegaran, dulu bendahari HARAPAN tapi dia akan kosongkan jawatan itu dan jawatan itu akan dipegang oleh satu lagi ahli baru bagi Majlis Presiden - Datuk Husam Musa.

“Satu lagi Naib Presiden - Christina Liew dari Sabah,” kata Mahathir pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden HARAPAN di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS