Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Halimah Yacob wanita pertama jadi presiden Singapura
Diterbitkan:  Sep 11, 2017 11:04 PM
Dikemaskini: 3:54 PM

Bekas speaker parlimen Singapura Halimah Yacob bakal diangkat sebagai presiden Republik itu, Rabu ini.

Memetik Berita Harian Singapura, ia selepas Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) hanya memberikan sijil kelayakan kepada seorang daripada lima pemohon.

Difahamkan penerima sijil tersebut adalah Halimah.

Ia bermakna pilihan raya presiden tidak akan diadakan, dan beliau akan diisytiharkan sebagai presiden selepas pancalonan ditutup pada hari penamaan calon 13 September ini.

Pemilihan kali ini dikhaskan bagi calon Melayu. Beliau bakal mencatat sejarah sebagai orang Melayu kedua diangkat sebagai presiden selepas Yusuf Ishak (1965 - 1970), yang merupakan presiden pertama republik.

PEC dalam kenyataan berkata, tiga daripada lima pemohon, termasuk Halimah, mengisytiharkan mereka adalah anggota masyarakat Melayu.

Walaupun ketiga-tiganya menerima Sijil Masyarakat Melayu, PEC hanya memutuskan untuk mengeluarkan satu sijil kelayakan sahaja.

Selain Halimah, dua lagi pencalonan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Mohamed Salleh Marican, dan pengerusi Bourbon Offshore Asia Farid Khan Kaim Khan.

Lihat Komen
ADS