Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JASA: Bukan Puad, tapi Anwar ancam saksi RCI
Diterbitkan:  Sep 12, 2017 10:33 AM
Dikemaskini: 2:41 AM

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mendakwa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya engancam saksi yang memberi keterangan di depan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat skandal dagangan mata wang asing (forex).

Panel Penasihat JASA Tun Faisal Ismail Aziz berkata kenyataan pemimpin umum PKR itu mengenai salah seorang saksi lebih menepati kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Meneliti laporan Malaysiakini pada 23 Ogos lalu Tun Faisal berkata didapati kenyataan Anwar lebih berat lagi dan menepati tafsiran kesalahan yang dimaksudkan.

"Dalam laporan tersebut, Malaysiakini menyatakan reaksi balas Anwar terhadap kenyataan dibuat bekas timbalan gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid semasa prosiding RCI pada 21 Ogos lalu.

"Anwar - seperti laporan Malaysiakini - mendakwa kenyataan Murad adalah "palsu belaka".

"Selain mendakwa Murad menipu, Anwar turut mendakwa bahawa, kenyataan Abdul Murad itu bernada sindiran, berniat jahat dan menunjukkan seolah-olah mahu kerugian dialami Bank Negara ditutup daripada pengetahuan ramai," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan Tun Faisal itu dibuat tiga hari selepas Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi mendakwa bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop cuba melindungi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam siasatan skandal berkenaan.

Petik pendirian Majlis Peguam

Puad juga bertanya sama ada Nor Mohamed bersedia menjadi kambing hitam dalam siasatan berkenaan.

Kenyataan bekas anggota parlimen Batu Pahat itu merujuk kepada keterangan Nor Mohamed mengenai kerugian yang dialami oleh Bank Negara di pasaran forex antara akhir 1980-an hingga awal 1990-an.

Kenyataan itu mendorong bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberikan pandangan bahawa Puad boleh dikaitkan dengan kesalahan mengancam, menghina atau mencederakan saksi RCI.

Pada 9 September juga peguam Dr Mahathir berkata beliau akan memohon RCI membuat laporan polis terhadap Puad kerana kenyataan itu dianggap menjejaskan maruah, kesucian dan kedudukan panel terbabit yang dilantik Yang di-Petuan Agong.

"Adalah salah dan tidak sopan untuk Puad membuat komen seperti itu apabila dia bukan sebahagian daripada RCI," kata Mohd Haniff Khatri Abdulla.

Tun Faisal berkata Anwar sekali lagi menyerang Murad dan menggambarkan pegawai kerajaan itu sebagai penipu apabila menyatakan dia memusuhinya secara peribadi sejak 1999 dengan membuat akuan berkanun palsu.

"Nada dan dakwaan Anwar ini nampaknya lebih menepati deskripsi kesalahan di bawah Seksyen 12(2), iaitu mencela mana-mana orang kerana telah memberikan keterangan, atau disebabkan oleh keterangan yang telah diberikan di hadapan pesuruhjaya," katanya.

Selain Anwar, Tun Faisal mendakwa Majlis Peguam juga penah melakukan kesalahan menghina Suruhanjaya RCI.

Melalui laporan Malaysiakini pada 23 Julai 2011 katanya Majlis Peguam didakwa menolak penemuan RCI mengenai kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock.

"Portal itu juga memetik kenyataan presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang mahu kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maaf kepada keluarga Teoh dan memberi pampasan sewajarnya atas kehilangan mereka itu," katanya.

Untuk rekod JASA adalah sebuah jabatan kerajaan yang terletak di bawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS