Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah benarkan 4 siswa UM cabar sabitan kes sepanduk 1MDB

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kepada empat mahasiswa Universiti Malaya untuk mencabar keputusan setelah mereka didapati bersalah atas kesalahan disiplin oleh institusi pengajiannya, dalam mempamerkan sepanduk semasa pertemuan dialog ala townhall oleh presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy tahun lalu.

Ini berikutan Hakim Azizah Nawawi memberi kebenaran disebabkan Pejabat Peguam Negara tidak hadir hari ini bagi membantah permohonan tersebut walaupun borang telah diisi pihak mereka bulan lalu.

Susulan itu, suatu tarikh ditetapkan bagi mendengar merit kes ini yang akan didengar, kata peguam bagi pihak siswa Lim Wei Jiet kepada Malaysiakini.

Dalam permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan tersebut oleh pihak berkuasa, pihak pengadu telah mendapatkan kebenaran bagi memastikan permohonan tersebut tidak sembarangan dan menyusahkan.

Mahasiswa terbabit merupakan bekas presiden University of Malaya Association of New Youth (Umany), timbalan presiden Umany Tan Jia You, ketua biro publisiti Umany Chua Hun Ti dan setiausaha agung Umany Lau Li Yang.

Mereka didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan oleh jawatankuasa disiplin universiti dan didenda di antara RM200 ke RM600.

Mereka didapati bersalah di bawah Peraturan 3 dan Peraturan 11 Peraturan Disiplin Universiti Malaya untuk tiga pertuduhan itu.

Mereka didakwa menganggu majlis dengan menaikkan sepanduk dengan perkataan '1MDB Pulangkan Duit Rakyat' dan didakwa menjejaskan ketenteraman dan kesopanan awam dengan memegang sepanduk tersebut serta campur tangan dalam majlis rasmi universiti.

Mereka membuat rayuan kepada jawatankuasa rayuan UM tetapi jawatankuasa mengekalkan keputusan tetapi membuang hukuman denda. Mereka telah diberi amaran keras oleh pihak universiti.

Empat mahasiswa itu menamakan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar dan Universiti Malaya sebagai responden.

Ho, Tan, Chua dan Lau mahu keputusan bersalah jawatankuasa itu pada Mei lalu dibatalkan atau mereka akan disekat daripada bertanding sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan di dalam universiti.

Mahasiswa berkenaan juga mahu keputusan bersalah mereka diisytiharkan sebagai bertentangan dengan perlembagaan kerana ia melanggar Perkara 10 (1) (a) dalam kebebasan bersuara dan peruntukan di bawah Kaedah Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar) 1999 juga diisytiharkan sebagai melanggar perlembagaan kerana jawatankuasa yang sama menyiasat, mendakwa dan menghakimi keputusan tersebut.

Lim berkata mahkamah akan menetapkan tarikh pengurusan kes sebelum menetapkan tarikh pendengaran merit untuk semakan kehakiman tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS