Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib tiba di UK untuk bertemu Theresa May
Diterbitkan:  Sep 14, 2017 9:43 PM
Dikemaskini: 1:51 PM

Perdana Menteri Najib Razak tiba di United Kingdom dan dijangka berjumpa Perdana Menteri Theresa May.

Najib yang berlepas ke AS untuk berjumpa presiden Donald Trump, mengesahkan kunjungan itu di akaun Twitternya.

“Baru tiba di UK. Akan berjumpa PM Theresa May. Berharap dapat menguatkan hubungan dua hala,” katanya.

Tidak seperti lawatan ke AS, kunjungan ke UK tidak diwar-warkan di media.

Najib melawat AS dari 11 hingga 13 Sepetember. Selain untuk bertemu presiden AS, beliau juga komuniti perniagaan AS-Asia.

Dalam pertemuan dengan Trump, Najib berikrar untuk menguatkan ekonomi AS dan mengumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur antara AS$3 bilion sehingga AS$4 bilion dalam projek infrastruktur AS.

Najib turut mengumumkan rancangan Malaysia Airline untuk membeli 33 hingga 58 kapal terbang Boeing selain Khazanah Nasional Berhad akan meningkatkan pelaburan dalam syarikat teknologi AS.

Antara yang menyertai delegasi Najib ke AS adalah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa Mustapa Mohamed.

Lihat Komen
ADS