Di tengah-tengah bidasan terhadap janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meningkatkan pelaburan di Amerika Syarikat, Profesor Datuk Seri Mohamed Mustafa Ishak dari Majlis Profesor Negara (MPN) menegaskan bahawa AS adalah tempat yang selamat untuk pelaburan.

Mohamed Mustafa, yang mengetuai kluster politik, keselamatan dan Hal ehwal antarabangsa MPN, berkata malah China juga melabur di Amerika Syarikat.

"Seperti yang kita ketahui, Amerika Syarikat adalah rakan perdagangan yang sangat penting untuk Malaysia. Jika tidak, kita tidak akan menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Kini TPPA telah dibatalkan, maka perdagangan antara Malaysia dan AS masih sangat penting.

"Malaysia mempunyai keperluan untuk melabur wang di tempat yang selamat di mana akan ada pulangan yang baik atau pulangan yang tinggi. Melabur di Amerika Syarikat bukan satu idea yang tidak baik sama sekali.

"China sentiasa melabur wang mereka di sana kerana semua orang tahu bahawa dari sudut pandangan ekonomi, Amerika Syarikat adalah salah satu tempat yang selamat untuk melabur wang anda. Apa lagi jika pelaburan adalah dalam sektor infrastruktur, yang sangat, sangat selamat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Semasa pertemuan Najib dengan Presiden AS Donald Trump pada 12 September, Najib berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai hampir AS$7 bilion dalam ekuiti di AS. Ini akan meningkat sebanyak AS$3 bilion atau AS$4 bilion untuk menyokong pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat.

Beliau berkata Khazanah Nasional juga akan meningkatkan pelaburannya dalam firma-firma teknologi Silicon Valley, manakala Malaysia Airlines mungkin akan membuat pesanan pesawat Boeing bernilai AS$10 bilion. Beliau juga menawarkan untuk meyakinkan AirAsia untuk beralih kepada enjin General Electric buatan Amerika.

Ia yang dilihat seolah-olah berat sebelah itu, telah mengundang kritikan di tanahair dari mereka yang berhujah bahawa dana itu lebih baik digunakan merancakkan ekonomi Malaysia.

Bagaimanapun, Mohamed Mustafa menegaskan bahawa hasil pertemuan Najib dengan Trump masih belum dapat dilihat, kerana hubungan antara kedua-dua negara adalah pelaburan jangka panjang.

"Sudah tentu dengan kesepakatan perdagangan baru ini, kami berharap akan ada pulangan dari AS dari segi banyak hal lain yang mungkin kita perolehi. Kita berharap selepas ini, kerajaan akan dapat memberikan sedikit gambaran mengenai manfaat yang akan kita perolehi.

"Ia (manfaat untuk Malaysia) tidak disebutkan semasa lawatan itu, tetapi urusan perdagangan dan hubungan ini adalah untuk jangka panjang. Kita berharap bahawa dalam jangka panjang akan ada sesuatu yang Malaysia akan dapat dari lawatan ini," katanya.

Beliau berkata pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu juga dilihat sebagai satu pembaharuan hubungan antara Amerika Syarikat dan Malaysia di bawah pentadbiran Trump.

Ini akan membantu memastikan bahawa janji-janji yang dibuat semasa pentadbiran Barrack Obama akan dihormati di bawah pentadbiran Trump, seperti kerjasama ke arah mendaftarkan Malaysia dalam program pengecualian visa AS, perdagangan berterusan, dan kerjasama dalam usaha-usaha anti-terorisme.

"Selain itu, saya fikir kita perlu menunggu kerajaan menjelaskannya," katanya.

Secara berasingan, bekas duta besar Malaysia Dennis Ignatius menyifatkan perilaku Najib sebagai “chequebook diplomacy” yang lebih tipikal oleh negara kaya dan berkuasa.

Beliau berkata Najib sebelum ini mengamalkan “chequebook diplomacy” dengan China dan kini Amerika Syarikat.

Beliau berkata hubungan yang lebih baik dengan Washington akan membolehkan Najib melakukan gerakan politik, dan mematahkan kritikan pembangkang bahawa Najib terlalu rapat dengan China.

[Baca berita penuh/asal]