Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saman isu RM2.6b pada Najib, Zahid ditetapkan 12 Okt
Diterbitkan:  Sep 15, 2017 5:24 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Mahkamah telah menetapkan tarikh untuk saman Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Zahid Hamidi kerana didakwa melanggar sumpah perjawatan.

Penetapan itu dibuat hanya sehari selepas difailkan.

Peguam Khairuddin, Syed Iskandar Syed Jaffar Al Mahdzar, memberitahu Malaysiakini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan pengurusan kes pada 12 Oktober ini.

Saman berasaskan kepentingan awam itu mendakwa Najib dan Zahid mengelirukan orang ramai berkaitan punca kemasukan wang AS$681 juga (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadi perdana menteri.

Khairuddin, bekas anggota Umno, mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa kedua-dua pemimpin itu tidak layak lagi menduduki jawatan dalam kerajaan kerana melanggar Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS