Keputusan pemilihan Keng Yaik-Kerk diketahui jam 6 petang
Keputusan pemilihan jawatan presiden parti Gerakan akan diumumkan serta-merta sebaik sahaja selesai pengiraan undi yang dijang pada jam 6 petang Sabtu ini atau lebih awal dari itu.
Keputusan pemilihan jawatan presiden parti Gerakan akan diumumkan serta-merta sebaik sahaja selesai pengiraan undi yang dijang pada jam 6 petang Sabtu ini atau lebih awal dari itu.
Pertandingan tersebut membabitkan penyadangnya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang dicabar oleh Timbalannya, Datuk Seri Kerk Choo Ting.
Setiausaha Jawatankuasa Penyeliaan Pemilihan Kebangsaan Gerakan Datuk Dr Chin Fook Weng berkata pemenang dijangka diketahui pada pukul 6 petang, serta-merta selepas proses pengiraan undi selesai.
"Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan keputusan akan diumumkan lebih awal jika pengiraan selesai lebih cepat," katanya yang menambah beliau sendiri akan membuat pengumuman itu.
Dr Chin yang juga speakar parti berkata pengumumkan keputusan-keputusan pemilihan bergantung kepada majlis perasmian pada sebelah pagi yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Jika ia selesai lebih awal, katakan kira-kira 10.30 pagi, maka pengundian akan bermula serta-merta selepas rehat. Mungkin 11.30 pagi dan tutup pada 12.30 tengah hari dan diikuti proses pengiraan selama tiga jam," katanya.
Pemuda: Tiada pertandingan
Dr Chin berkata jika proses pengiraan berakhir sebelum 5 petang, keputusan akan diumumkan pada hari pertama persidangan perwakilan kebangsaan (NDC) yang berakhir pada 5 petang.
"Jika proses pengiraan berakhir selepas 5 petang, sidang akhbar akan diadakan pada pukul 6 petang bagi mengumumkan keputusan," katanya.
Beliau berkata jika proses pengiraan melepasi 6 petang, terutama jika pengiraan semula dilakukan, keputusan dijangka diumumkan semasa jamuan malam untuk para perwakilan yang bermula pada jam 7 malam.
Seramai 1,843 perwakilan menghaidri NDC kali ini iaitu -- Perak (316), Johor (264), Selangor (247), Pulau Pinang (192), Kedah (181), Kelantan (150), Wilayah Persekutuan (117), Negeri Sembilan (98), Pahang (84), Sabah (75), Melaka (68), Terengganu (47) dan Perlis (4).
Menurut Bernama, tiada pemilihan di peringkat Pergerakan Pemuda esok setelah beberapa calon menarik diri dan kesemua jawatan dimenangi tanpa bertanding.
Pertandingan bagaimanapun berlaku bagi Pergerakan Wanita, termasuk jawatan Ketua Wanita.
Pemilihan parti dijadual Sabtu ini, sebaik selepas majlis perasmian.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.