Firma keluarga Taib didakwa untung RM70 juta tanpa berbuat apa-apa
Terjemahan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng mendakwa, kontraktor utama bagi sebuah projek kerajaan negeri bernilai RM300 akan mengautkan keuntungan RM70 juta tanpa perlu berbuat apa-apa.
Terjemahan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng mendakwa, kontraktor utama bagi sebuah projek kerajaan negeri bernilai RM300 akan mengautkan keuntungan RM70 juta tanpa perlu berbuat apa-apa.
Projek pembinaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah diberikan kepada syarikat PPES-Naim JV yang didakwanya, hanya perlu melaksanakan projek tersebut dengan kos RM230 juta sahaja.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ia tidak termasuk sebarang keuntungan tambahan daripada sebarang arahan variasi harga.
Dakwaan Wong itu menimbulkan lagi persoalan mengenai cara pemberian kontrak tersebut dibuat
Kontrak reka-dan-bina itu dianugerahkan terus kepada syarikat usahasama yang terdiri daripada PPES anak syarikat CMS Bhd yang dikuasai keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Naim Cendera.
Pembinaannya sedang dilaksanakan oleh Bina Puri Sdn Bhd, anak syarikat penuh syarikat tersenarai Bina Puri Holdings Bhd.
Dalam jawapan kepada pertanyaan Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung satu laporan akhbar The Edge Daily baru-baru ini, Bina Puri mengumumkan pada 5 Ogos lalu, yang syarikat itu akan melaksanakan pembinaan satu kompleks baru di Petra Jaya, Kuching, dengan kontrak bernilai RM228,909,249.51.
Sebelum ini, DAP Sarawak telah mengkritik kerajaan negeri kerana perbelanjaan mewah dan melakukan pembaziran bagi projek pembinaan bangunan DUN baru itu, kerana mendakwa, bangunan sekarang masih boleh digunakan sehingga 100 tahun lagi.
'Ada yang tidak kena'
Wong, bekas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), berkata memandangkan kotrak itu tidak dilakukan melalui tender terbuka, maka ia menimbulkan persoalan di segi akauntabiliti dan ketelusannya.
"Setakat manakah rapatnya hubungan CMS dengan pihak berkuasa? Pada tahap ini, saya (tidak akan mengatakan terdapat) sesuatu yang tidak kena dengan cara CMS mendapat kontrak tersebut, tetapi adalah salah bagi kerajaan untuk tidak memanggil tender terbuka," katanya.
Beliau turut mengkritik pemimpin parti-parti komponen BN negeri kerana berdiam diri berhubung isu kontrak tersebut.
" RM300 juta adalah satu jumlah yang besar dan bukan setakat itu sahaja, nampaknya kerajaan negeri Sarawak pun tidak mempunyai wang untuk membayarnya," katanya sambil menambah kerajaan negeri sendiri telah meminjam dari negara-negara lain.
"Yang menakjubkan, Naim dan CMS memperolehi projek itu pada harga RM300 juta itu. Tetapi Bina Puri membinanya dengan kos RM230 juta sahaja. Tanpa melakukan apa-apa, Naim dan CMS memperolehi RM70 juta," katanya.
Sebaliknya, kata beliau, RM300 juta wang pembayar cukai dibelanjakan untuk membina bangunan bernilai RM230 juga.
Malah, katanya, ada kemungkinan sub-kontraktor terbabit akan mendapatkan perkhidmatan sub-kontraktor lain untuk membina bangunan itu dengan harga yang lebih murah lagi.
Sejak beberapa tahun lalu, PPES Works Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh CMS Bhd, memperolehi kontrak kerajaan untuk membina jalan benilai lebih RM2 bilion dan telah menggunakan perkhidmatan sub-kontraktor, dengan mendapat keuntungan bersih kira-kira tiga peratus. PPES Works juga mengendalikan projek bekalan air yang juga telah disub-kontrakkan untuk mendapatkan tahap keuntungan yang sama.
"Banyak syarikat tempatan yang mendapat faedah daripada kontrak yang diperolehi Kumpulan CMS yang turut menjaminkan keuntungan kepadanya, sambil memastikan sub-kontraktor turut mendapat ganjaran daripada kerja-kerja yang dijalankan dan disiapkan mengikut jadual," kata seorang juruperunding tempatan.
Menurutnya, CMS akan memperolehi keuntungan yang lebih besar apabila ia memperolehi projek turnkey atau projek seperti membina bangunan dewan undangan negeri berasaskan reka-dan -ina.
"Keuntungan daripada pembinaan kompleks itu adalah besar dan merupakan salah satu projek yang paling menguntungkan, apabila mengambilkira jumlah kontrak dan tempoh kontrak tersebut," tambahnya.
TONY THIEN adalah wartawan sambilan malaysiakini di Sarawak


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.