Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

ULASAN Saya ambil maklum cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap majikan yang menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sehingga kini pihak Imigresen telah menahan 272 majikan yang didapati telah melakukan kesalahan itu di seluruh negara.

Seramai 1,509 PATI pelbagai warganegara ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen sejak operasi penguatkuasaan besar-besaran dilaksanakan Jabatan Imigresen susulan tamatnya tempoh bagi pendaftaran Program E-kad pada 30 Jun lalu.

Isu ini bukan sehari dua tetapi sudah berbulan-bulan lamanya kerajaan terlah memberi peluang kepada majikan untuk mendapatkan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) bagi membolehkan mereka membuat permohonan penggajian semula PATI secara sah di kesemua pejabat Imigresen di Semenanjung Malaysia.

Saya menggesa pihak Jabatan Imigresen untuk tidak lagi memberi muka dan seharusnya meneruskan operasi besar-besaran bagi menangkap PATI dan mengenakan hukuman terhadap majikan yang masih berdegil.

Sepatutnya tiada lagi simpati diberikan kepada PATI setelah peluang selama tiga bulan diberikan kepada mereka untuk berbuat demikian.

Isu kebanjiran pekerja asing di Malaysia tidak asing lagi buat rakyat di negara ini, Hal ini perlu dipandang serius kerana melibatkan soal keselamatan, kesihatan dan kedaulatan negara.

Berkaitan penahanan PATI setelah ditahan, boleh dijangkakan kem tahanan yang menempatkan mereka di seluruh negara kelak akan menjadi sesak, manakala kerajaan pula terpaksa menanggung kos tambahan untuk menyelenggara PATI yang ditahan sebelum mereka dipindahkan ke pusat-pusat tahanan dan dihantar pulang ke negara masing-masing.

Majikan yang melindungi PATI boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dikenakan denda sehingga RM5000.

Kerajaan harus tegas dan jangan sesekali berkrompromi apabila undang-undang diperkotak-katikkan supaya penguatkuasaan dapat dijalankan dan dipatuhi.


AHMAD NIZAM HAMID adalah timbalan pengerusi PKR Pahang.

Lihat Komen
ADS