Kerk dikecamkan kerana mainkan isu pendidikan Cina
Terjemahan Para pendidik Cina kini turut terbabit dalam 'perang' pemilihan pucuk pimpinan parti Gerakan Sabtu ini apabila sebuah badan pendidik menggesa calon presiden Datuk Kerk Choo Ting supaya jangan 'memainkan' isu pendidikan Cina dalam kempennya.
Terjemahan Para pendidik Cina kini turut terbabit dalam 'perang' pemilihan pucuk pimpinan parti Gerakan Sabtu ini apabila sebuah badan pendidik menggesa calon presiden Datuk Kerk Choo Ting supaya jangan 'memainkan' isu pendidikan Cina dalam kempennya.
Semalam, bekas rakannya dalam pergerakan pendidikan Cina mengeluarkan kenyataan keras mengkritiknya kerana memanipulasikan 'isu bahasa Cina' untuk mendapatkan sokongan dalam pemilihan Sabtu ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh beberapa pemimpin Gerakan, termasuk Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon, Dr Toh Kin Woon, Lum Weng Keong, Chua Chong An, Yoon restrain dan Wu Guo Fang. Semua mereka pernah bersama pergerakan pendidikan Cina di negara ini.
Mereka menegaskan, isu utama dalam pemilihan parti itu ialah peralihan kepimpinan kerana Presiden Datuk Seri Lim Keng Yaik akan bersara pada tahun 2008 dan ianya bukanlah persaingan antara para pendidik Cina dalam parti Gerakan.
"Bagaimanapun, sesetengah pihak telah cuba memutarbelit fakta bahawa terdapat pergesesan sesama sendiri antara para pendidik Cina dalam Gerakan dan bahawa Keng Yaik dan para penyokongnya cuba menekan mereka. Ini hanyalah satu propaganda."
Kumpulan tersebut berkata mereka mempunyai tanggungjawab untuk membetulkan perkara tersebut di kalangan ahli parti dan mereka di luar parti.
Mereka mengecam Kerk, yang Timbalan Keng Yaik, kerana sikapnya terhadap isu-isu mengenai pendidikan Cina selepas menjadi timbalan menteri. Kerk adalah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
"Beliau tidak bersetuju untuk berdialog dengan Dong Jiao Zong walaupun timbulkan isu-isu kritikal mengenai pendidikan Cina untuk dibincangkan," kata mereka.
Sertai pada 1982
Mereka juga menyentuh mengenai kontroversi berhubung pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan mendakwa bagaimana Kerk cuba mengasingkan dirinya daripada isu tersebut dan tidak memperdulikan pandangan biro pendidikan parti.
Kerk adalah antara kumpulan pendidik Cina yang dikait rapat dengan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu dan Persatuan Guru sekolah Cina Bersatu, yang lebih popular Dong Jiao Zong, yang menyertai Gerakan pada tahun 1982. Anggota lain dalam kumpulan tersebut ialah Tsu Koon, Ong Tin Kim dan Dr Kang Chin Seng.
Antara mereka yang menyertai Gerakan pada ketika itu di bawah slogan "Reform BN dari Dalam", hanya Kerk dan Tsu Koon yang mendapat kedudukan tinggi dan masih aktif dalam politik.
Tsu Koon disokong oleh Keng Yaik untuk menggantikannya sebagai presiden Gerakan. Tsu Koon telah melepasi halangan pertama apabila menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden sewaktu penamaan calon Jumaat lalu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.