Jumlah mangsa banjir di Kedah turun kepada 202 orang
Diterbitkan: Sep 17, 2017 11:33 AM | Dikemas kini: Sep 17, 2017 11:37 AM
Jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir di Kedah menurun kepada 202 berbanding 253 semalam, melibatkan hanya tiga pusat pemindahan yang masih beroperasi.
Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), satu pusat pemindahan baharu dibuka hari ini ialah di Dewan Cenderawasih, Pendang yang menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga.
Jumlah mangsa masih di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baharu pula kekal iaitu 89 mangsa daripada 29 keluarga manakala di SK Sungai Kechil Ulu pula menurun kepada 108 mangsa berbanding 121 semalam.
Cuaca cerah sejak semalam membolehkan ramai mangsa dibenarkan pulang untuk membersihkan rumah masing-masing.
-Bernama

