Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan meneliti degan serius laporan siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur sebaik ia diserahkan kepadanya.

Ditemui media di Kuala Lumpur Apandi berkata beliau masih belum mendapatkan polis mengemukakan laporan berkaitan tragedi yang mengorbankan 23 orang pada pagi Khamis lalu itu.

"Saya masih menunggu kertas siasatan tetapi saya akan menelitinya dengan serius," katanya.

Polis menahan tujuh remaja yang menjadi suspek kepada kejadian kebakaran asrama pusat tahfiz berkenaan antara jam 6 petang 15 September hingga 2.30 pagi 16 September.

Mereka kini ditahan reman sehingga 22 September.

Menurut siasatan polis tragedi itu berpunca daripada insiden ejek-mengejek. Suspek berusia antara 11 dan 18 tahun terbabit dikatakan sengaja membakar bangunan asrama itu untuk membalas dendam.

Kata Apandi pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bagaimanapun katanya jika mereka didakwa mengikut seksyen itu pun - yang membawa hukuman mati - Akta Kanak-kanak 2001 akan menghalang hukuman seumpama itu dilaksanakan.

"Mengikut akta itu mereka tidak boleh dihukum mati kecuali berusia lebih 18 tahun," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS