Pak Lah: Tidak wajar banding saya dengan Dr Mahathir
Setiap Perdana Menteri membuat keputusan sesuai dengan keadaan semasa dan harus dihakimi sewajarnya, dan oleh itu, adalah tidak adil membanding apa yang berlaku sekarang dengan dahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Setiap Perdana Menteri membuat keputusan sesuai dengan keadaan semasa dan harus dihakimi sewajarnya, dan oleh itu, adalah tidak adil membanding apa yang berlaku sekarang dengan dahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kerana itu, katanya, adalah tidak wajar bagi rakyat membandingkan apa yang beliau lakukan dengan apa yang mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad telah lakukan.
"Sama juga bila Tun Razak (Perdana Menteri Kedua) mengambi alih (pentadbiran negara) daripada Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama); beliau (Tun Razak) menilai keadaan dan memperkenalkan dasar tertentu sesuai dengan keadaan masa itu, berpandukan pada perkiraannya sendiri," kata Abdullah dalam temubual dengan majalah bulanan "Off The Edge".
Majalah itu mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai interbiu itu kepada Bernama hari ini.
Kenyataan itu menerangkan, temubual yang menyentuh pelbagai perkara itu memberi fokus kepada pentingnya menerap nilai-nilai dan budaya betul yang menjamin Malaysia terus mencapai kejayaan sebagai sebuah negara.
Abdullah juga bercakap mengenai perlunya dalam masyarakat berbilang kaum, bagi kerajaan membuat keputusan besar yang melibatkan masa depan negara berdasarkan semangat kesepakatan, dan perlunya generasi muda Malaysia diingatkan tentang hal ini.
Persetujuan bersama
"Mereka juga perlu mengiktiraf nilai perundingan, perbincangan, dan membuat keputusan berdasarkan persetujuan semua pihak," katanya.
Mengenai Islam Hadhari, Abdullah berkata ia bukanlah cabang baru Islam atau pemikiran baru.
"Islam Hadhari adalah seperti satu formula. Ia satu panduan untuk mencapai pemahaman ajaran Islam," kata beliau.
Abdullah berkata apa yang perlu dilakukan oleh orang Islam ialah mematuhi 10 prinsip dan tidak perlu bagi kerajaan membina sebuah bangunan untuk mempromosi Islam Hadhari.
"Ia seperti Rukunegara. Tidak ada benda yang dikatakan bangunan Rukunegara, ladang Rukunegara. Ia satu perkara yang sedia wujud," kata beliau.
Perdana Menteri berkata 10 prinsip yang terkandung dalam Islam Hadhari seperti taat kepada Tuhan; amanah dan bertanggungjawab; menuntut ilmu dan melindungi alam sekitar; merupakan prinsip yang juga diterima oleh agama lain.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.