Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menyifatkan tindakan DAP yang mendakwa Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) berlagak seperti jaguh agama sebagai biadab.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata DAP hanya ingin menunjukkan 'jaguh' memperjuangkan agenda orang bukan Islam khususnya masyarkat Cina.

“Memang kita akui sikap keterbukaan dan kebebasan tetapi harus diingatkan negara Malaysia majoriti Islam dan jangan tuduh jalankan tugas membabi buta kerana kepentingan politik.

"DAP nak tunjuk dia juara perjuangkan orang bukan Islam. Masih lagi nak persoalkan itu ini, konon tak salah undang-undang," katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur.

Empat wakil rakyat DAP di ibu negara dan seorang daripada PKR semalam mengeluarkan kenyataan bersama membidas langkah DBKL mengharamkan pesta arak Better Beer Festival 2017.

Mereka mendakwa kerajaan tempatan itu “berlagak jadi jaguh agama”, tunduk dengan permainan parti politik serta tidak mempedulikan semangat muhibah di Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Ibrahim juga mengumumkan pelantikan Ketua Wira PERKASA baru iaitu Burhanuddin Ruslan, manakala naibnya pula adalah Wan Danial Wan Mohamad.

Selain itu, Prof Dr Rom Jamjis pula dilantik sebagai anggota jawatankuasa baru NGO itu.

Lihat Komen
ADS