Pasangan Azmi-Normala minta dihormati privasi mereka
Pasangan pengantin baru, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Azmi Khalid dan pasangannya bekas pengacara TV3 Normala Samsuddin, yang melangsungkan perkahwinan mereka malam tadi, memohon kepada semua pihak supaya menghormati privasi mereka.
Pasangan pengantin baru, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Azmi Khalid dan pasangannya bekas pengacara TV3 Normala Samsuddin, yang melangsungkan perkahwinan mereka malam tadi, memohon kepada semua pihak supaya menghormati privasi mereka.
Dalam satu kenyataan, pasangan tersebut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengutuskan ucap tahniah, tetapi berharap semua pihak menghormati supaya mereka tidak diganggu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan melalui Setiausaha Akhbar Azmi, Tajuddin Saman di Kuala Lumpur hari ini.
Tajuddin berkata pasangan itu selamat diijabkabulkan malam tadi di rumah keluarga angkat Normala di Taman Tun Dr Ismail, di Kuala Lumpur.
"Majlis dihadiri oleh sahabat-sahabat yang terdekat dan kaum keluarga dari dua belah pihak termasuk Datuk Mufti Negeri Perlis (Datuk Mat Jahya Hussin) dan ayah Normala (Samsuddin Mohd Zin) sebagai wali," katanya.
Majlis tertutup
Sejak beberapa hari lalu, kisah kedua-dua mempelai itu masing-masing berstatus duda dan janda menjadi tajuk utama akhbar tempatan, serta menarik perhatian umum.
Azmi menjadi duda setelah isteri beliau Datin Yasmin Abdullah, 62, meninggal dunia akibat leukemia Mac lalu.
Majlis ijab-kabul itu berlangsung sehari selepas Azmi, 64, mengesahkan, beliau akan berkahwin dengan Normala, 41.
Wartawan beberapa media dapat mengesan majlis akad nikah mereka, yang dijalankan secara tertutup, tetapi pasangan tersebut tetap mengelak daripada bertemu wartawan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.