Tan Lian Hoe menang Ketua Wanita Gerakan
Tan Lian Hoe memenangi pertandingan bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita Gerakan hari ini selepas menewaskan seorang lagi calon Surin Leong dengan majoriti 218 undi.
Tan Lian Hoe memenangi pertandingan bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita Gerakan hari ini selepas menewaskan seorang lagi calon Surin Leong dengan majoriti 218 undi.
Tan (foto), yang juga merupakan Ketua Wanita Perak, mendapat 348 undi, manakala Surin, Ketua Wanita Wilayah Persekutuan memperolehi 130 undi. Tiada undi rosak.
Jawatan Ketua Wanita Gerakan kekosongan selepas penyandangnya Datuk Rhina Bhar tidak mempertahankan jawatan tersebut untuk bertanding jawatan naib presiden esok.
Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Wanita pula dimenangi oleh Yong Dai Ying yang memperolehi 376 undi untuk menewaskan lawannya Leong Kan Yuet, yang mendapat 100 undi.
Sejumlah 481 perwakilan mengundi dalam pemilihan pergerakan Wanita Gerakan hari ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.