Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir: Guan Eng umum bantuan RM400 tiap keluarga
Diterbitkan:  Sep 20, 2017 4:09 PM
Dikemaskini: 8:13 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan pemberian tunai sebanyak RM400 bagi setiap keluarga dan pemilik bangunan yang terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu 15 September lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata setiap keluarga atau pemilik bangunan hanya akan mendapat sekali bayaran sahaja.

"Perlu ditegaskan bayaran ini bukanlah suatu “precedent” tetapi adalah “one-off” berikutan hujan lebat luar biasa akibat tempias besar Taufan Doksuri, yang mana jumlah hujan turun yang direkodkan dalam sehari bersamaan sebulan," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lalu, kira-kira 100 kawasan di lima daerah di Pulau Pinang dilanda banjir selepas hujan lebat selama lebih lima jam.

Paras air naik sehingga 2.1m, manakala tanah runtuh juga dilaporkan berlaku.

Lim berkata ramai mangsa mengalami kerosakan pada bangunan atau kenderaan milik mereka akibat banjir itu.

Lihat Komen
ADS