Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Irwan, Nancy Shukri digesa jawab laporan mengenai Uber
Diterbitkan:  Sep 21, 2017 11:21 AM
Dikemaskini: 3:38 AM

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri digesa memberi respons terhadap satu laporan yang mendakwa syarikat Uber sedang menjalankan siasatan dalaman sama ada sebarang bentuk 'quid pro quo' berlaku di Malaysia.

Bloomberg melaporkan bahawa peguam Uber sedang mengkaji beberapa transaksi kewangan dan urus niaga yang didakwa berkaitan kerajaan Malaysia yang mungkin mempengaruhi ahli parlimen di negara ini.

Para peguam dikatakan sedang meneliti derma korporat puluhan ribu ringgit, yang diumumkan pada Ogos 2016, kepada Pusat Inisiatif dan Kreativiti Antarabangsa Malaysia (Magic), yang adalah hab usahawan yang disokong kerajaan.

Sekitar masa sama, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP) dikatakan melabur AS$ 30 juta dalam Uber, lapor Bloomberg.

Kira-kira setahun kemudian, Parlimen meluluskan rang undang-undang menjadikan perkhidmatan ‘e-hailing’ sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang.

Ahli Parlimen DAP, Liew Chin Tong (gambar) berkata Irwan, sebagai pengerusi Magic dan KWAP, berhutang jawapan kepada rakyat Malaysia mengenainya.

"Magic mesti mendedahkan sumbangan yang diterima manakala KWAP, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional, serta GLIC (syarikat pelaburan berkaitan kerajaan) yang lain, juga mesti mendedahkan kepada rakyat Malaysia pelaburan mereka dalam Uber kerana terdapat kebarangkalian yang tinggi berlaku konflik kepentingan," kata Liew dalam satu kenyataan hari ini.

Liew berkata beliau telah meminta Nancy, semasa perbahasan di parlimen mengenai pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, untuk memberikan butiran pelaburan Khazanah dan GLIC lain dalam Uber "tetapi tidak berhasil".

"Saya menyeru Nancy untuk memberi respons kepada pendedahan dalam laporan Bloomberg itu," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS