Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

"Kami mendengar" - itu antara slogan yang dikemukakan kerajaan untuk memahamkan rakyat sebelum ini.

Dan hari ini Datuk Seri Najib Razak membuktikan bahawa beliau menyedari kesusahan rakyat yang berdepan dengan cukai dan isu hutang seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan MIC di PWTC Kuala Lumpur hari ini perdana menteri mengakui ramai pelajar India tidak mendapat pinjaman PTPTN.

Perkara itu dibangkitkan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam ucapan beliau sebelumnya.

"Saya terima pandangan mengenai PTPTN. Justeru kerajaan akan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai isu itu kerana ia bukan saja menjadi masalah pelajar India, sebaliknya semua komuniti," katanya.

Pada masa sama Najib menegaskan untuk mengatasi masalah itu kerajaan tidak boleh menaikkan atau menambah cukai.

Katanya orang Malaysia tidak suka membayar banyak cukai.

"Mereka hanya cuka cuti umum, makanan, tapi tak suka bayar cukai lebih," katanya.

Perdana menteri turut mengingatkan bahawa di India kerajaan negara itu mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 28 peratus.

"Tolong ingat itu. Kita (di Malaysia) baru kena 6 peratus pun dan riuh-rendah bising, marah kerajaan," katanya.

GST mula dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan sebanyak 10 peratus dan cukai perkhidmatan (6 peratus).

Pemimpin kerajaan menegaskan pelaksanaan GST tidak membebankan, malah ada yang lebih berani mendakwa ia akan menyebabkan harga sesetengah barang akan turun.

Bagaimanapun hakikatnya harga barang menjadi lebih mahal kini dan didakwa menyumbang kepada peningkatan kadar inflasi negara.

Menurut Najib peningkatan kos barangan bukanlah salah kerajaan sebaliknya tindakan peniaga menaikkan harga dan kemudian menyalahkan kerajaan atas masalah itu.

"Sebanyak 165 negara dalam dunia (melaksanakan GST), India 28 peratus. Jadi orang India Malaysia tak boleh nak complain (merungut)," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS