Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis serah laporan siasatan kebakaran tahfiz pada AG

Laporan siasatan polis berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kampung Dato’ Keramat, Kuala Lumpur, sudah diserahkan kepada pejabat peguam negara pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Ahmad Najmuddin Mohd berkata, laporan yang dimajukan untuk tindakan pendakwa raya itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Jadi kita tunggu arahan dari pejabat peguam negara apa bentuk tindakan pertuduhan ke atas pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya kepada pemberita dalam sesi lawatan kerja ke Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Huzir Mohamed dan Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi 14 Sept itu, 21 pelajar dan dua tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan terkorban.

Susulan kejadian itu polis menahan tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun yang disyaki mendalangi perbuatan itu kurang 48 jam selepas kejadian.

Polis mengesahkan kebakaran tersebut dilakukan oleh suspek atas motif balas dendam.

-Bernama

Lihat Komen
ADS