Pak Lah: Keputusan Kjaan BN berasaskan konsep muafakat
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa apa juga yang diputuskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam kabinet adalah beraskan konsep permuafakatan dan tidak timbul soal 'ada pihak yang kalah" dan terpaksa menerima keputusan yang dibuat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa apa juga yang diputuskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam kabinet adalah beraskan konsep permuafakatan dan tidak timbul soal 'ada pihak yang kalah" dan terpaksa menerima keputusan yang dibuat.
"Soal menang kalah tidak timbul dalam kabinet. Tidak ada keputusan dibuat melalui angkat tangan. Jika itu caranya sudah pasti MIC, atau parti-parti komponen yang kecil, akan kalah," kata Perdana Menteri.
Berucap merasmikan persidangan perwakilan ke-34 Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, setiap agenda dibincang secara bersungguh-sungguh untuk mencari suatu pendirian bersama yang terbaik.
"Saya tidak akan rasa senang jika perlu memaksa sesuatu pihak supaya bersetuju menerima sesuatu keputusan," kata beliau yang juga Pengerusi BN.
Abdullah mengulangi hasratnya untuk melihat semua parti komponen BN menjadi kuat kerana itu akan menyumbang ke arah mewujudkan BN yang cukup kukuh dan boleh memberi suatu harapan kepada rakyat.
Oleh itu, beliau mengingatkan semua parti komponen BN supaya memastikan budaya permuafakatan kaum yang menjadi tonggak perpaduan nasional tidak sekali-kali dikorbankan.
Jangan abaikan
Malah, katanya, budaya muafakat yang diasaskan oleh BN harus difahami dan dihayati oleh generasi demi generasi kerana ia menjadi asas kekuatan parti itu selama ini.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, sekiranya amalan itu diabaikan, maka asas perjuangan tidak lagi menjadi relevan hingga menyimpang dari landasan sebenar untuk hidup bersama.
"Apabila kita menjadi lebih dewasa dan berpengalaman, kita akan dapat mewujudkan suatu landasan bersama yang lebih luas untuk sama-sama kita berdiri di atasnya demi mencari kebaikan bersama," kata Abdullah yang juga Pengerusi BN.
Beliau berkata sungguhpun perjuangan kebanyakan parti-parti komponen BN adalah berasaskan kaum, namun ia bukan penghalang ke arah mewujudkan permuafakatan.
"Jika niat kita baik, kita boleh bersatu hati untuk kepentingan rakyat Malaysia," katanya.
Yang turut hadir ialah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu, seorang daripada pengasas Gerakan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.