Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua ‘Geng Pak Su’ antara empat lelaki yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang.

Johari Ariffin, 35, bersama tiga lagi anggota kumpulan itu iaitu Rosidi Aziz, 35, Norazif Ahmad, 37, dan Shahadan Salim, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan hakim Azman Abu Hassan.

Kesemua mereka dituduh menyertai kumpulan jenayah terancang itu antara 1 Januari 2015 hingga 30 Ogos 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias manakala peguam Jay Moy Wei Jiun mewakili tertuduh pertama iaitu Johari, Rosidi (tertuduh kedua) dan Shahadan (tertuduh keempat).

Peguam Faizal Rahman pula mewakili tertuduh ketiga, Norazif.

Prosiding hari ini dikawal ketat oleh pasukan polis yang turut disertai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Atrash Wahid.

-Bernama
 

Lihat Komen
ADS