Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah diberitahu laporan perubatan VK Lingam palsu

Mahkamah Persekutuan diberitahu bahawa laporan perubatan peguam kanan Datuk VK Lingam untuk menyokong kegagalannya hadir untuk prosiding menghina mahkamah terhadapnya adalah palsu.

Laporan itu dikatakan dikeluarkan oleh sebuah hospital di Amerika Syarikat.

Bertarikh 10 Mei lalu, laporan itu berkata Lingam tidak sihat untuk tempoh yang lama untuk terlibat dalam perjalanan, termasuk menggunakan khidmat penerbangan, susulan masalah sakit belakang dan tulang pinggul.

Peguam kanan persekutuan Amarjeet Singh berkata berdasarkan laporan imigresen pagi tadi, Lingam didapati memperbaharui pasportnya di London pada 14 Julai lalu – sebulan selepas laporan perubatan itu dikeluarkan.

“Lingam meninggalkan negara ini pada 23 Disember 2013,” kata Amarjeet, yang mahukan mahkamah meneruskan prosiding menghina mahkamah terhadap Lingam tanpa kehadirannya.

Lingam dirujuk untuk prosiding menghina mahkamah selepas mendakwa Mahkamah Persekutuan menciplak penghakimannya dalam kes Kian Joo Can Factory (KJCF) Bhd.

Fakta itu diperoleh selepas Tan Sri Hakim Suriyadi Halim Omar dan empat lagi hakim dalam panel itu mempersoalkan bagaimana Lingam dapat memperbaharui pasportnya ketika berada di luar negara.

Sebelum itu, hakim Lingam, R Thayalan, memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana Lingam memperoleh laporan perubatan atau terlibat dalam perjalanan untuk memperbaharui pasportnya.

“Perhubungan saya melalui e-eml, beliau mohon untuk penangguhan kerana masalah perubatannya.

“Beliau mahu kembali untuk berdepan sendiri pertuduhan terhadapnya,” kata Thayalan.

Selepas mahkamah digesa meneruskan prosiding itu, Thayalan menarik diri dengan berkata beliau tidak mendapat arahan untuk mewakili Lingam.

Suriyadi membenarkan perkara itu, pengurusan kes ditetapkan pada 8 November untuk pendengaran prosiding menghina mahkamah terhadap Lingam, dengan atau tanpa kehadiran peguamnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS