Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghantar pasukan menyertai misi bantuan kemanusiaan Rohingya ke Bangladesh.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata keputusan itu dibuat hasil tinjauan wakil ATM ke Dhaka pada 11 September lepas yang telah mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Bangladesh mengenai kemelut isu Rohingya. 

"Kita dah buat keputusan untuk menghantar satu pasukan membantu dari segi perubatan yang mungkin akan melibatkan agensi lain seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain agensi kerajaan.

“ATM akan memberikan bantuan kepada pasukan yang akan ke sana dan saya melihat kita perlu memberi bantuan kemanusiaan tanpa melihat perbezaan agama, bangsa, politik dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pembukaan Exercise Suman Protector 2017 di Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Johor hari ini.

Raja Mohamed Affandi berkata terdapat kira-kira 400,000 pelarian Rohingya di Bangladesh.

- Bernama

Lihat Komen
ADS