Paling Popular
Terkini

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata jika keistimewaan diberikan kepada pengundi dari Sabah dan Sarawak untuk mengundi di Semenanjung dan sebaliknya, pihaknya juga mesti memberi kebenaran itu kepada pengundi di negeri-negeri lain.

“Mengundi ini, kita kena ingat keistimewaan ini kalau nak buat, kena buat semua.

“Bagaimana dengan orang Kelantan macam saya? Macam mana dengan orang Kedah? Macam mana dengan orang Terengganu?” kata Hashim ketika disoal mengenai permohonan BERSIH.

BERSIH sebelum ini menggesa SPR untuk untuk membenarkan kira-kira 150,000 pengundi Sabah dan Sarawak di Semenanjung Malaysia mengundi sebagai pengundi tidak hadir.

Mereka berhujah bahawa perbelanjaan pengangkutan yang tinggi untuk pulang mengundi menyaksikan jumlah yang keluar membuang undi adalah lebih rendah di Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, Hashim berkata bahawa suruhanjaya itu sentiasa menggalakkan orang ramai mendaftar untuk mengundi di mana lokasi mereka menetap.

“Dan memang kita galakkan mereka daftar di tempat mereka duduk. Tapi kamu semua sendiri tak nak sebab nak balik mengundi di kampung,” katanya.

Disoal mengenai kemungkinan SPR membenarkan pengundi tidak hadir dibenarkan bagi memudahkan orang ramai, beliau berkata pelaksanaan itu memerlukan pindaan perlembagaan, dengan majoriti dua pertiga di parlimen.

Namun, ini tidak boleh dilaksanakan kerana tiada parti atau gabungan mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

“Sebenarnya (kita) menuju ke arah e-voting sebagaimana yang dikehendaki.

“Tetapi yang kita buat sekarang ini ialah (pekerjaan) yang kritikal, yang (mereka) tak boleh balik (untuk mengundi).

“Kalau kamu semua benarkan balik, dia boleh balik. Dia boleh ambil cuti. Ini tak boleh ambil cuti,” katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS