Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
MPK beri festival 'F&B' Jerman lampu hijau
Diterbitkan:  Sep 27, 2017 4:20 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah memberi lampu hijau kepada "Centro Mall German F & B Festival" tetapi melarang pihak penganjur memaparkan perkataan "Oktoberfest".

Keputusan itu dibuat berdasarkan acara berkenaan adalah majlis persendirian dan akan diadakan di tempat peribadi, lapor akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily hari ini.

Kelulusan hari ini dikeluarkan oleh Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid Bidin pada mesyuarat bulanannya.

Walau bagaimanapun, antara syarat yang dikenakan termasuk umat Islam tidak dibenarkan menyertai pesta itu dan perkataan "Oktoberfest" tidak digunakan, merujuk kepada pesta bir yang diadakan setiap tahun pada bulan Oktober di Munich, Jerman.

Selain itu, penganjur majlis juga disyarat mendapatkan kelulusan polis dan permit dari pejabat tanah dan kastam sebelum meneruskan acara tersebut.

Sebelum ini penganjuran Better Beer Festival yang sudah dibatalkan itu mengundang bantahan walaupun menjadi acara tahunan sejak 2011.

Ia susulan tindakan ahli jawatankuasa pusat PAS Riduan Mohd Nor yang membuat aduan dengan alasan ini menjadikan Malaysia sebagai destinasi strategik untuk aktiviti bebas kepada masyarakat luar.
Menurut akhbar Cina itu, walaupun ahli majlis MPK dari PAS mengundi melarang festival itu tetapi Mohamad Yasid dilaporkan membuat keputusan selepas mendengar pandangan daripada semua ahli majlis yang hadir.

Majlis yang dirancang itu pada 12 hingga 13 Okt bermula jam 5 petang hingga 11 malam, telah diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya di Centro Mall.

Lihat Komen
ADS