Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bukan publisiti murahan, MB Perak pandu lori kutip sampah
Diterbitkan:  Sep 27, 2017 5:49 PM
Dikemaskini: 9:53 AM

Lazimnya terdapat tanda-tanda apabila pilihan raya semakin hampir, terutamanya apabila ahli politik berkunjung ke pasar dan kedai kopi untuk mengunjungi orang ramai.

Atau dalam kes Datuk Seri Zambry Abd Kadir, yang memandu lori mengutip sampah.

Bagaimanapun, menteri besar Perak itu menafikan bahawa tindakannya adalah “gimik untuk meraih undi rakyat."

"Ini (kutip sampah) bukan soal publisiti murahan politik, jadi saya nak tegur pembangkang, cukup-cukuplahlah ... sebenarnya rakyat sendiri boleh memikirkan mana perkara buruk dan baik," katanya yang dipetik akhbar Berita Harian.

Menteri Besar itu juga tidak menghiraukan bidasan pembangkang mengenai tindakannya melaksanakan program Perak Yang Bersih dan berikrar akan meneruskan kegiatan itu.

"Biarlah pembangkang mereka dengan kritikan yang dilemparkan tetapi yang paling penting kita akan terus melaksanakan program Perak Yang Bersih untuk menanam minda mengenai kepentingan menjaga kebersihan kepada masyarakat," katanya.

Zambry hari ini membuat kejutan apabila beliau dan barisan exco kerajaan negeri yang memakai pakaian dan topi pekerja perkhidmatan am Majlis Daerah Kampar (MDKpr) menaiki lori dan mengutip sampah di sekitar Malim Nawar.

Beliau juga sempat membuat tinjauan di Pasar Awam Malim Nawar dan beramah mesra dengan peniaga dan masyarakat setempat.

Pada tahun 2014, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sejurus selepas menjadi menteri besar Selangor, juga terlibat dalam aksi yang sama, di mana beliau turut menaiki lori sampah.

Timbalan presiden PKR itu juga memberikan nombor telefon peribadinya kepada orang ramai, meminta mereka untuk menghubunginya jika sampah yang tidak dipungut dikesan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS