Ahli politik Australia letak jawatan selepas hina wanita rakyat Msia
Terjemahan Seorang ahli politik terkemuka Australia telah meletak jawatan hari ini selepas tersiarnya pendedahan beliau menggelar isteri lawan politiknya seorang rakyat Malaysia sebagai 'pengantin pos', mencubit punggung seorang wartawan wanita dan mengusik seorang lagi wanita di sebuah parti sosial.
Terjemahan Seorang ahli politik terkemuka Australia telah meletak jawatan hari ini selepas tersiarnya pendedahan beliau menggelar isteri lawan politiknya seorang rakyat Malaysia sebagai 'pengantin pos', mencubit punggung seorang wartawan wanita dan mengusik seorang lagi wanita di sebuah parti sosial.
Pemimpin parti Buruh New South Wales, John Brogden memberitahu sidang media, beliau menyesal dengan perbuatan 'tidak senonohnya' itu dan akan meletakkan jawatannya yang memungkinkannya menjadi ketua menteri negeri berkenaan.
Beliau menafikan mabuk di parti tersebut yang diadakan oleh Persatuan Hotel Australia tiga minggu lalu, tetapi mengakui telah banyak meminum bir kerana merayakan perletakan jawatan ketua menteri negeri itu, Bob Car.
Dengan ketiadaan Carr, Brogden, 37, disebut-sebut mempunyai peluang cerah untuk memegang jawatan tersebut dalam pilihanraya negeri pada tahun 2007.
Tetapi karier politiknya musnah hari ini selepas akhbar tempatan menyiarkan laporan mengenai pelakuannya itu, dan Brogden memberitahu sidang media tersebut: "Saya berkelakuan scara memalukan dan tibalah masanya untuk saya mengambil tindakan yang terhormat (letak jawatan)."
Sebelum ini, Perdana Menteri, Howard, yang juga ketua parti Buruh, turut mengutuk kenyataan Brodgen mengenai isteri Carr, Helena seorang rakyat Malaysia sebagai 'tidak patut".
"Saya mengenali Helena Carr dan dia seorang yang baik dan berbudi bahasa. Komen seumpama itu tidak sepatutnya dibuat," katanya.
Pemohonan maaf ditolak
Carr, yang meletakkan jawatan Julai lalu selepas 10 tahun memegang jawatan tersebut, menolak pemohonan maaf Brogden.
"Saya rasa permohonan maaf itu tidak dapat diterima oleh Helena dan ia merupakan satu penghinaan, bukan sahaja kepada beliau tetapi setiap wanita keturunan Asia," kata Carr.
Isterinya, Helena berkata, kenyataan Brogden itu "amat menyakitkan".
Akhbar Daily Telegraph melaporkan, majlis yang dihadiri Brogden itu merupakan acara yang sangat dinanti-nantikan di Sydney majlis minum sepuas-puasnya untuk pihak media oleh Persatuan Hotel Australia.
Bagaimanapun, tidak diketahui mengapa laporan tersebut mengambil masa untuk disiarkan sedangkan pelakuan Brogden di parti tersebut disaksikan oleh ramai wartawan.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.