Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Datuk Maznah Hamid kini stabil
Diterbitkan:  Sep 29, 2017 5:33 PM
Dikemaskini: 9:37 AM

Keadaan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid yang sebelum ini dilaporkan kritikal, kini stabil.

Menurut sumber terdekat keluarga, beliau bagaimanapun memerlukan pemerhatian rapi untuk 48 jam yang berikutnya dan masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Institut Jantung Negara (IJN) di ibunegara.

“Selepas menerima penerangan doktor pada jam 7 pagi tadi, pihak IJN akan menjalankan beberapa ujian ke atas beliau termasuk di bahagian kepala sekiranya keadaan beliau terus stabil.

“Beliau juga berkemungkinan perlu menjalani rawatan dialisis,” jelas sumber berkenaan ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu Maznah, 62, yang juga Exco Wanita Umno dan lebih dikenali sebagai ‘Iron Lady’ dilaporkan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas menjalani pembedahan jantung semalam. Beliau dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 18 September lalu.

Beliau dilaporkan menjalani pembedahan jantung terbuka yang pertama pada 9 pagi semalam selepas dua saluran pada injap jantungnya, tersumbat.

Maznah dipindahkan ke ICU selepas pembedahan tamat pada 2 petang sebelum pihak IJN terpaksa menjadikan ICU tersebut sebagai bilik bedah untuk menjalankan pembedahan jantung terbuka yang kedua, selepas beliau mengalami pendarahan dalaman yang teruk.

- Bernama

Lihat Komen
ADS