Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Saya minta bantuan tentera terbangkan ketua kampung ke Putrajaya, kata Masing

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Masing berkata beliau telah meminta bantuan pihak tentera untuk menerbangkan 180 ketua kampung ke Putrajaya untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Masing berkata penerbangan komersil adalah terlalu mahal.

"Ini kerana saya tidak mampu menggunakan penerbangan komersial, kami bercakap tentang kira-kira 180 orang.

"Jadi, saya bercakap dengan pihak tentera dan mereka kata, 'kami akan membantu'. Itulah yang berlaku," kata Masing.

Dia enggan mendedahkan berapa banyak PRS bayar untuk penggunaan dua pesawat Airbus A400M Atlas.

"Kami tak bercakap mengenai cajnya ...," katanya kepada Malaysiakini.

Masing menegaskan bahawa menggunakan pesawat tentera adalah "lebih murah".

Masing juga menafikan bahawa Najib membayar untuk pengangkutan tentera itu. "Kami (PRS) membantu mereka, (dan) berkongsi kosnya," katanya.

Gambar ketua kampung di dalam pesawat tersebut telah tersebar secara meluas di Internet semalam.

Beberapa pemimpin PKR dan warga maya berkata, ketua kampung itu tidak diberikan layanan sepatutnya kerana mereka sewajarnya diterbangkan dengan penerbangan komersil.

Terdapat juga dakwaan bahawa perbuatan tersebut adalah penyalahgunaan sumber ketenteraan.

'Berterima kasih kepada Najib'

Masing berkata PRS telah membawa 180 ketua kampung ke Putrajaya kerana mereka mahu mengucapkan terima kasih kepada Najib atas apa yang telah dilakukan oleh perdana menteri untuk membangunkan kampung mereka.

"Perjumpaan itu adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri. Sejak (Najib) menjadi perdana menteri, beliau banyak membantu kami," katanya.

Antara lain, kata Masing, Najib telah memberikan infrastruktur kepada Kapit dan kerana perdana menteri inilah, Kapit sekarang bukan lagi hanya merupakan sebuah pulau.

"Sebab itu rakyat mahu berjumpa dengannya," jelasnya.

Masing telah mengetuai rombongan itu untuk mengadakan pertemuan tersebut di kediaman rasmi Najib di Putrajaya semalam.

Menurut Bernama, Najib memberitahu ketua-ketua kampung itu bahawa pentadbirannya telah membelanjakan RM2 bilion untuk pembangunan Sarawak dan beliau komited untuk memastikan bahawa negeri itu menikmati kemajuan ekonomi setanding dengan Semenanjung Malaysia.

Najib juga berkata beliau telah membuat lebih banyak kunjungan ke Sarawak berbanding dengan "seorang bekas perdana menteri".

Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai Pakatan Harapan, berada di Kuching pada hari Ahad untuk mengumumkan manifesto gabungan pembangkang itu bagi negeri Sarawak. Ia dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS