Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dera bukan amalan di pusat tahanan, kata panglima ATM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyerahkan kes kematian dua anggotanya Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28 dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26 kepada polis untuk siasatan lanjut.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata selain itu pihaknya akan cuba membantu pihak berkuasa itu dalam siasatan mereka.

"Kami akan biarkan polis ambil kes itu dan kami akan bantu mereka dengan apa juga cara yang kami dapat," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Hari Pahlawan di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau menafikan terdapat amalan penderaan dalam pasukan tentera laut dan menyatakan kejadian itu hanya membabitkan kes terpencil.

"Ia bukan budaya atau amalan, jika budaya (kematian akan berlaku) hampir setiap hari, ia adalah kes terpencil," katanya sambil menambah insiden serupa berlaku lima atau sepuluh tahun lalu.

Menurutnya lagi, pusat tahanan di kem tentera juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Tetapi orang mungkin tak ikuti SOP," katanya.

Polis kini mengklasifikasi kes dua anggota TLDM yang meninggal dunia dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan itu sebagai kes bunuh.

Pihak berkuasa juga menahan tiga anggota TLDM yang berusia antara 29 hingga 44 tahun untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Raja Mohamed berkata angkatan bersenjata itu akan meneliti SOP bagi menangani kelemahan yang ada.

"Mudah-mudahan, ini akan jadi kali terakhir insiden seperti ini, kita perlu menghentikan ini," katanya.

Mengenai tindakan anggota keluarga yang meninggal dunia melantik peguam untuk mendapatkan keadilan, beliau berkata mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian.

[Baca berita asal]

 

 

Lihat Komen
ADS