Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
50 terbunuh, 200 cedera dalam kejadian tembakan di Las Vegas
Diterbitkan:  Oct 2, 2017 5:11 PM
Dikemaskini: 3:42 PM

KEMASKINI Angka kematian dalam satu kejadian tembakan di Las Vegas diangggar sekurang-kurangnya 50 orang manakala 200 lagi mangsa dilaporkan cedera.

Polis bagaimanapun dilapor berjaya menembak suspek, yang dikenal pasti sebagai Stephen Paddock, berusia 64 tahun dari Mesquite, Nevada.

BBC melaporkan polis juga sedang mencari teman Paddock, seorang wanita Asia bernama Marilou Danely.

Paddock dilaporkan telah melepaskan tembakan ke arah satu festival muzik yang diadakan secara terbuka dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay.

Dalam klip video yang dimuat naik ke dalam talian, kedengaran bunyi tembakan senjata automatik dilepaskan dan orang ramai yang panik menjerit ketakutan.

Saksi mendengar banyak tembakan berlaku di hotel - kawasan di mana pasukan polis mencari penyerang berkenaan, lapor CNN dan New York Times.

Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran ditangguhkan sementara selepas kejadian itu, kata pihak pengurusan lapangan terbang berkenaan menerusi Twitter.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS