Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan permohonan Najib berkaitan 1MDB 23 Nov ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan terhadap permohonan kerajaan, 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Riza Aziz bagi mengugurkan permohonan Datuk Zaid Ibrahim berkaitan 1MDB.

Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail menetapkan tarikh itu di kamar hakim hari ini, selepas pengurusan kes.

Rohani menetapkan 23 Oktober ini untuk semua pihak memfailkan hujah bertulis mereka, dan 3 November untuk membalasnya.

"Selepas itu mahkamah menetapkan 23 November untuk keputusan (permohonan)," kata peguam Najib Datuk Hafarizam Harun.

Hafarizam berkata, Zaid tiada locus standii (hak perundangan) untuk membuat permohonannya itu, dan tiada sebab yang wajar bagi bekas menteri di jabatan perdana menteri itu untuk mengambil tindakan undang-undang.

Pada tahun lalu, Zaid memfailkan tindakan wakil bagi pihak rakyat Malaysia ke atas Najib, anak tirinya Riza Aziz, 1MDB dan kerajaan bagi pelanggaran kewajipan fidusiari.

Beliau menuntut Najib memulangkan AS$731 juta yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya kepada kerajaan.

Selain itu, beliau juga memfailkan satu lagi permohonan terhadap Ambank Islamic untuk melihat butiran akaun peribadi itu.

Najib yang menjadi pencelah dalam kes itu sebelum ini memfailkan permohonan agar mahkamah mengugurkan permohonan Zaid untuk mendapatkan butiran akaun itu, atas sebab beliau tiada hak untuk berbuat demikian.

Najib memetik Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Ifsa), yang melarang butiran berkaitan transaksi akaun di bawah institusi perbankan Islam daripada didedahkan kepada umum.
 

Lihat Komen
ADS