Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Lim: Syed Saddiq perlu lapor SPRM isu sogokan RM5 juta
Diterbitkan:  Oct 3, 2017 4:55 PM
Dikemaskini: 8:58 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menasihatkan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman supaya membuat laporan dengan SPRM berhubung sogokan jutaan ringgit yang didakwa diterima daripada orang kanan seorang menteri.

Katanya, tindakan itu adalah perkara yang sewajarnya dilakukan oleh Syed Saddiq, yang telah menolak tawaran sebuah biasiswa untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana di Universiti Oxford, supaya beliau mampu memberi tumpuan pada pilihan raya umum akan datang.

Walau bagaimanapun, Lim berkata, beliau tidak terkejut dengan sogokan yang ingin diberikan pihak lawan supaya Syed Saddiq meninggalkan parti yang turut diasaskannya itu.

“Saya tidak terkejut pun. Beliau perlu segera buat laporan kepada SPRM,” kata Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Beliau yang juga adalah timbalan presiden Pakatan Harapan, menyoal mengapa media gagal melaporkan identiti pembantu menteri yang didakwa menawarkan dedak RM5 juta kepada Syed Saddiq untuk meninggalkan BERSATU.

Pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Syed Saddiq juga mendakwa ugutan turut dibuat terhadap keluarganya jika beliau meneruskan kerjaya politiknya bersama BERSATU, yang diasaskan bersama, antara lain, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Mahathir, yang adalah pengerusi Pakatan Harapan, membentuk parti itu dengan bekas timbalan perdana menteri yang dipecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz .

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS