Kes kjaan larang tunang Tian Chua ke Suhakam
Parti Keadilan Nasional akan melapor kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kes tunang seorang pemimpin kanan parti itu, kini ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dilarang masuk ke negara ini malam tadi.
Aduan berhubung perkara itu akan turut dibuat kepada Kedutaan China di sini.
Parti Keadilan Nasional akan melapor kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kes tunang seorang pemimpin kanan parti itu, kini ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dilarang masuk ke negara ini malam tadi.
Aduan berhubung perkara itu akan turut dibuat kepada Kedutaan China di sini.
Jabatan Imigresen mengarahkan Mabel Au, pasangan Naib Presiden Tian Chua, meninggalkan negara ini sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.20 malam.
Au telah dihantar pulang ke Thailand pada pukul 12.45 tengahari tadi.
Beliau dijadual berada di sini beberapa hari, antaranya untuk melawat tunangnya esok yang ditahan selama dua tahun di kem Kamunting, Perak.
Tunangnya dibenar melawat Tian di kem itu bulan lalu.
Turut ditahan selama dua tahun bersama aktivis reformasi itu, Ketua Pemuda Mohamad Ezam Mohd Nor, Dr Badrul Amin Bahron, Saari Sungib, Lokman Noor Adam dan penulis kolum malaysiakini Hishamuddin Rais.
Apabila dihubungi malaysiakini tengahari tadi, seorang pegawai imigresen di KLIA mengesahkan larangan itu dan Au telah diarahkan meninggalkan negera ini. Beliau enggan mengulas lanjut.
Timbalan Ketua Pemuda parti itu, Low Chee Chong, berkata Keadilan juga sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan.
Pihak berkuasa memberitahu Au bahawa larangan itu datang daripada pihak atasan dan dipercayai berkait dengan "alasan keselamatan".
Au, warganegara Hong Kong, berkhidmat sebagai seorang penyelaras dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Jawatankuasa untuk Pekerja Wanita Asia, di Bangkok.
Malaysiakini difahamkan, Au bermalam di lokap lapangan terbang kerana tiada penerbangan ke Thailand semalam.
Menurut teman-teman Au yang dibenarkan melawatnya jam 3 pagi tadi, telefon bimbit Au dirampas oleh polis sepanjang berada di situ dan beliau tidak mendapat makanan atau minuman.
Low berkata, layanan buruk yang diberikan kepada Au, seorang pemegang pasport yang sah, telah "memalukan Malaysia".
Sementara adik perempuan Tian, Chua Tian See, berkata jabatan imigresen mengambil masa lebih dua jam sebelum membenarkan mereka, termasuk beberapa peguam dan aktivis hak asasi Malaysia, berjumpa Au.
Chua berkata beliau percaya Au "disenarai hitam" kerajaan kerana pengaruhnya di kalangan media berbahasa Cina.
Peguam Latheefa Koya berkata, ketika pertemuan itu, Au mengadu bahawa tiada alasan kukuh diberikan berhubung sekatan itu.
"Keluarga tahanan-tahanan ISA kini dilayan seperti seorang penjenayah," katanya.

