Ong Ka Chuan dilantik setiausaha agung MCA yang baru
Terjemahan Ketua MCA Perak, Datuk Ong Ka Chuan hari ini dilantik sebagai setiausaha agung MCA yang baru bagi menggantikan Tan Sri Ting Chew Peh yang tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden baru-baru ini.
Terjemahan Ketua MCA Perak, Datuk Ong Ka Chuan hari ini dilantik sebagai setiausaha agung MCA yang baru bagi menggantikan Tan Sri Ting Chew Peh yang tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden baru-baru ini.
Ting memegang jawatan tersebut sejak 15 tahun yang lalu.
Pengumuman mengenai perlantikan Ka Chuan itu diumumkan selepas parti itu mengadakan mesyuarat pertama jawatankuasa pusatnya hari ini, selepas berlangsungnya pemilihan parti pada 20 Ogos lalu.
Spekulasi mengenai perlantikan Ka Chuan menggantikan Ting mendapat perhatian hampir kesemua media tempatan, selepas Ting gagal memenangi jawatan timbalan presiden.
Manakala bekas Ketua MCA Pulau Pinang Datuk Wong Kam Hong dilantik sebagai timbalan setiausaha agung.
Timbalan Presiden Datuk Chan Kong Choy pula kini bertanggungjawab ke atas pentadbiran MCA Pulau Pinang. Beliau adalah Ketua MCA Pahang.
Bendahari agung MCA Lau Yin Pin dikekalkan manakala bekas Ketua MCA Negeri Sembilan, Datuk Hon Choon Kim dilantik sebagai Setiausaha Kebangsaan, manakala kekal sebagai timbalannya.
Ka Ting pula mengambil alih jawatan Ketua MCA Negeri Sembilan serta mengekalkan jawatan sebagai Ketua MCA Selangor.
Ketua MCA Perlis, Datuk Chor Chee Heong bagaimanapun digugurkan dan tempatnya digantikan oleh Ketua Wanita MCA negeri itu, Oui Ah Lan.
Calon tewas anggotai AJK pusat
Dan seperti dijangkakan pemimpin MCA yang memegang jawatan kerajaan yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini, dilantik sebagai anggota jawatankuasa pusat.
Mereka ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Fu Ah Kiow dan Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Yew Teong.
Semua perlantikan baru ini diumumkan selepas parti itu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat pertamanya selepas pemilihan parti itu pada 20 Ogos lalu.
Mesyuarat hari ini bermula jam 1.3 petang dan berakhir kira-kira jam 5 petang.

