Susulan penangkapan wartawan Turki Mustafa Aykol, para ahli akademik membidas pihak berkuasa agama dalam memperluaskan bidang kuasa mereka ke dalam ruang awam.

Pendakwah di masjid dan surau perlu kepada pentauliahan dari pihak berkuasa agama negeri tetapi panelis di forum-forum awam tidak perlu berbuat demikian, jelas profesor madya dalam falsafah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Isham Pawan Ahmad.

"Tetapi kini skop ini nampaknya telah diperluaskan (kepada forum-forum) tanpa sebarang justifikasi daripada pihak berkuasa," kata beliau dalam sidang akhbar di sekretariat Islamic Renaissance Front (IRF) di Kuala Lumpur hari ini.

Mustafa baru-baru ini ditahan di lapangan terbang KLIA selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mendakwa beliau telah menjalankan 'kegiatan mengajar agama tanpa tauliah' di bawah Seksyen 11 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Mustafa pada 24 September 2017 lalu memberikan ceramah umum berjudul 'Does Freedom of Conscience Open the Floodgate to Apostasy?' di Royal Selangor Golf Club, anjuran IRF.

Manakala profesor undang-undang Universiti Malaya Dr Azmi Sharom berkata jika panelis forum perlu patuh peraturan pentauliahan, maka pihak berkuasa akan memiliki 'kuasa yang sangat luas cakupannya' untuk memantau kesemua penghujahan berkaitan dengan Islam.

[Baca berita penuh]