Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tembakan di Las Vegas: Persoalan tentang masa tindak balas polis
Diterbitkan:  Oct 11, 2017 8:57 AM
Dikemaskini: 1:28 AM

GLOBAL Polis Las Vegas berdepan dengan persoalan baru tentang tempoh masa tindak balas mereka terhadap satu kejadian tembakan bulan ini, selepas seorang sherif mendedahkan penembak itu menembak seorang pengawal keselamatan sebelum, bukan selepas, dia melepas tembakan dari tingkap hotel Mandalay Bay yang mengorban puluhan orang di sebuah konsert terbuka.

Jurucakap Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, Aden Ocampo-Gomez berkata pihaknya akan menjawab persoalan itu kemudian.

Isnin lalu, Sherif Clark County Joseph Lombardo mendedahkan bahawa lelaki bersenjata itu, Stephen Paddock menembak seorang pengawal keselamatan hotel yang datang selepas penggera pintu berhampiran biliknya di tingkat 32 berbunyi, enam minit sebelum dia mula melepaskan tembakan dari tingkap itu.

Para pegawai sebelum ini mengatakan Paddock menembak pengawal keselamatan itu selepas melepas tembakan ke atas orang ramai di konsert itu.

"Apa yang kami ketahui ialah (pengawal keselamatan) bertembung dengan suspek sebelum dia melepaskan tembakan ke atas orang ramai di luar, kata Lombardo.

Paddock, 64, membunuh 58 orang dan mencederakan beratus-ratus lagi, sebelum menembak mati dirinya ketika diserbu pihak polis. Sembilan hari sudah berlalu, namun motifnya masih menjadi misteri.

Lombardo tidak menyatakan sama ada insiden itu boleh dihindari berdasarkan maklumat terbaru itu, tetapi berkata ianya tidak jelas mengapa Paddock berhenti melepaskan tembakan ke arah konsert itu.

Dalam sesuatu situasi insiden tembakan, masa tindak balas boleh secepat tiga minit, kata Sid Heal, seorang komander bersara dari Jabatan Sheriff Los Angeles dan pakar taktikal.

Dia mempersoalkan mengapa polis mengambil masa yang lama untuk sampai ke bilik itu jika pihak keselamatan hotel telah menghubungi mereka.

Katanya, seseorang perlu menjelaskan mengenai perkara itu.

Lt Gabenor Nevada Mark Hutchison memberitahu CNN pada hari Selasa bahawa terdapat banyak maklumat untuk menilai, tetapi mengakui Paddock tidak berhenti menembak kerana pengawal itu, Jesus Campos, sebagaimana yang disangka pada awalnya.

Campos melaporkan menghubungi pasukan pasukan keselamatan dalaman hotel itu selepas dia ditembak pada jam 9.59 malam, kata Lombardo.

Polis tidak menyedari Campos ditembak sehinggalah mereka menemuinya pada jam 10.18 malam, tiga minit selepas Paddock berhenti melepaskan tembakan ke arah konsert tersebut. Polis memecah masuk ke bilik hotel Paddock 81 minit selepas penembakan bermula.

Protokol untuk hotel dan kasino di Las Vegas adalah untuk membenteng koridor di mana penembakan berlaku dan menunggu polis tiba, kata David Shepherd, seorang pakar keselamatan dan penasihat Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas dan yang mengendalikan pasukan keselamatan di hotel The Venetian di Vegas Strip selama lapan tahun.

Polis dilatih untuk menunggu dan berunding dengan penembak, dan bukannya terus menyerang bilik, katanya.

David Hickey, presiden kesatuan yang mewakili Campos, berkata berdasarkan apa yang dia dapat tahu, anggota polis dan keselamatan bertindak secepat mungkin dalam keadaan tersebut. Para pegawai dengan MGM Resorts International, yang memiliki Mandalay Bay, enggan mengulas.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS