Paling Popular
Terkini
story images
story images

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah bebas daripada pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan perhimpunan BERSIH 4 pada tahun 2015.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwa mengenai isu bidang kuasa.

Dengan ini, keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pertuduhan itu terus kekal atas alasan Maria tidak boleh dikenakan tindakan secara retrospektif.

"Kami menolak rayuan kerana kes ini berasal dari Mahkamah Sesyen dan harus berakhir di Mahkamah Rayuan," kata Malanjum.

Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud berkata pihak pendakwaan membuat rayuan kerana kes ini membabitkan isu perlembagaan terutamanya Perkara 7.

Peguam M Puravalen dan Shahid Adli Kamarudin memberitahu mahkamah bahawa ini mengenai bidang kuasa dan memandangkan kes itu pertama kali dibawa di mahkamah sesyen, ia harus berakhir di mahkamah rayuan.

Pada 3 Nov 2015, Maria didakwa mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi polis notis 10 hari untuk himpunan BERSIH 4 yang diadakan 29 dan 30 Ogos 2015.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS