Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kes kenaikan cukai taksiran ke Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan prosedur yang sewajarnya bagi sesebuah majlis tempatan menaikkan cukai taksiran yang dikenakan ke atas pemilik premis sama ada semasa atau selepas bantahan oleh rakyat.

Ini susulan keputusan panel tiga hakim hari ini yang memberi kebenaran untuk mendapatkan jawapan berhubung dua persoalan undang-undang yang dikemukan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Melaka.

Majlis itu merayu keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa bantahan daripada rakyat perlu didengar terlebih dahulu sebelum mendapatkan kelulusan daripada kerajaan negeri untuk menaikkan cukai taksiran.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel itu berkata, ini adalah kali pertama mahkamah tertinggi negara ini akan memutuskan perkara berkenaan dan dengan itu membenarkannya.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Mahkamah Rayuan pada 13 Mac lalu, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Melaka yang mengisytiharkan bahawa kenaikan cukai taksiran yang dikenakan ke atas pemilik premis di MPHTJ pada Julai 2015 adalah tidak sah dan terbatal.

Ini atas alasan kenaikan itu tidak mengikut prosedur di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

MPHTJ adalah salah satu daripada empat majlis tempatan di Melaka.

Perisytiharan itu dimohon oleh ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan isterinya Lee Wei Cheng yang rumah mereka turut terjejas dengan kenaikan 30 peratus tersebut.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS