Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas pengerusi SPR nafi maklumat pengundi dimusnahkan

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menafikan bahawa alamat dan lokaliti pengundi dimusnahkan semasa beliau memegang jawatan itu.

Rashid berkata demikian dalam satu afidavit bertarikh 6 Oktober yang dikeluarkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berikutan pendengaran terhadap cabaran kerajaan Selangor mengenai persempadanan semula di negeri itu sebelum ini.

Rashid yang pernah menjadi setiausaha SPR dari tahun 1979 hingga 1995 dan pengerusi dari tahun 2000 hingga 2008, memberi respon kepada afidavit yang disokong oleh pengerusi SPR sekarang, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan permohonan seorang peguam kanan persekutuan bagi SPR yang memberitahu mahkamah bahawa maklumat sedemikian telah "dilupuskan".

Beliau berkata ketika tempohnya, beliau telah mengawasi tiga persempadanan semula termasuk pada tahun 1994 dan 2003 serta lima kali pilihan raya umum.

Rashid berkata ketika bertanggungjawab terhadap perpindahan maklumat pemilih ke sistem komputer pada tahun 2002, tiada keputusan atau dasar yang mengakibatkan kemusnahan alamat pengundi daripada perpindahan tersebut.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS