Pemilihan MIC: Samy Vellu mahu dihentikan gesaan calon tarik diri
Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini mengarahkan bahagian dan cawangan MIC supaya berhenti meminta mana-mana calon menarik diri atau tidak bertanding dalam pemilihan parti tahun depan.
Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini mengarahkan bahagian dan cawangan MIC supaya berhenti meminta mana-mana calon menarik diri atau tidak bertanding dalam pemilihan parti tahun depan.
Dalam satu kenyataan menerusi Setiausaha Akhbarnya E. Sivabalan, Samy Vellu berkata adalah menjadi hak demokratik seseorang calon untuk bertanding dalam pemilihan parti.
"Ahli-ahli MIC sudah cukup matang untuk mengetahui dan menilai potensi dan prestasi calon-calon bertanding dan mereka akan memberi pendapat mereka sebaik-sebaiknya," katanya.
Isnin lalu, beberapa pemimpin MIC yang mengambil contoh pertandingan bagi jawatan tertinggi dalam Gerakan, meminta Timbalan Presiden Datuk S Subramaniam melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada peralihan kepimpinan parti secara lancar.
Bekas senator dan Ketua MIC Sepang, Datuk C.Krishnan berkata Subramaniam perlu meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan dirinya dengan berundur secara hormat dari jawatan nombor dua dalam parti sebelum pemilihan MIC.
'Timbalan baru'
Subramaniam yang diketepikan dalam pilihanraya umum tahun lalu, telah mengumumkan, beliau akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang dijangka Jun tahun depan, sekaligus mengenepikan cakap-cakap yang beliau akan mencabar Samy Vellu bagi jawatan presiden.
Menurut laporan Bernama, minggu lalu, Samy Vellu secara terbuka mengatakan beliau mahukan timbalan baru dalam pemilihan parti tahun depan, yang boleh bekerja dengan beliau untuk melaksanakan dasar dan program parti.
Subramanian pernah mencabar Samy Vellu bagi jawatan Presiden MIC pada tahun 1989 tetapi gagal menewaskannya. Beliau kemudian dilantik sebagai senator selepas presiden MIC itu memilih untuk tidak menyenaraikannya sebagai calon pada pilihanraya umum 1990.
Tahun berikutnya, kedua-dua mereka berdamai dan sejak itu Subramaniam telah memenangi jawatan nombor dua tanpa bertanding dalam setiap pemilihan parti.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.