Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan siap tepat pada masa dan tanpa melebihi belanjawan yang telah ditetapkan.

Najib berkata, beliau sedar yang "semua mata" sedang memerhatikan bagaimana pentadbirannya akan melaksanakan dan menyiapkan projek itu.

"Saya yakin kita mampu melakukannya, seperti yang kita tunjukkan dengan projek Transit Aliran Massa (MRT).

"Kita boleh memberikan contoh bagaimana projek mega seperti ini dapat dilaksanakan secara efisien mengikut belanjawan dan tempoh masa yang ditetapkan, untuk kebaikan rakyat dan negara," katanya dalam majlis memperkenalkan reka bentuk konsep stesen HSR KL-Singapura, di Kuala Lumpur, hari ini.

Dengan pembinaan asas dijadual bermula tahun depan, projek itu dijangka siap pada tahun 2027.

Projek HSR dijangka akan memakan kos berjumlah RM40 bilion, walaupun ada dakwaan yang ia boleh mencecah setinggi RM70 bilion.

Menyifatkan HSR sebagai projek yang dekat di hatinya, Najib berkata ia bukan sahaja akan menjadi alternatif kepada perjalanan antara Malaysia dan Singapura, tetapi juga merangsang ekonomi di bahagian barat daya Semenanjung.

"Visi kita adalah menjadikan setiap stesen sebagai hab dan pintu masuk ke bandar raya yang maju dan moden di Malaysia," katanya.

HSR dijangka hanya memakan masa 90 minit bagi perjalanan dari Bandar Malaysia, Kuala Lumpur ke Jurong Timur, Singapura.

Stesen lain yang akan dibina adalah Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS